Pemaju Perumahan Bumiputera

Sejak tahun 1999, Bina Impian telah mula bergiat aktif dalam pembangunan di tanah Rizab Melayu. Fokus utama pembangunan adalah untuk memajukan perumahan di kawasan Daerah Klang dan Shah Alam.

Usaha ini menitikberatkan keperluan peribadi masyarakat. Kediaman yang
disediakan bertempat di lokasi yang strategik dan mempunyai akses terdekat ke bandar-bandar utama. Selain itu, kawasan kediaman yang dibangunkan terletak berhampiran dengan kemudahan asas seperti unit kesihatan, sekolah, masjid, lebuhraya, pasar raya dan sebagainya. Kelebihan ini membolehkan anda meningkatkan dan memudahkan taraf kehidupan anda sekeluarga selamanya.

Perancangan pembangunan yang rasional sangat penting untuk membentuk komuniti yang harmonis. Oleh itu, Bina Impian Holding Sdn. Bhd. mengambil langkah untuk membantu menampung keperluan masyarakat dalam sektor ini.

 

Rumah Mampu Milik Rizab Melayu

Fokus utama pembangunan adalah untuk menyediakan keperluan asas, iaitu kediaman kepada penduduk tempatan. Dengan tawaran harga yang mampu dimiliki, golongan yang berpendapatan serdahana juga kini mampu memiliki rumah yang selesa. Sokongan yang diterima oleh beberapa institusi kewangan membolehkan proses pinjaman perumahan yang mudah untuk memiliki kediaman di tanah Rizab Melayu. Usaha ini akan terus maju dan berkembang dari masa ke semasa agar taraf kehidupan anda dapat ditingkatkan.

Hasil pembangunan kami.